Mari kita cuba renung sedikit tentang proses pengurusan harta pusaka yang akan dihadapi oleh waris yang akan menguruskan setelah kematian.
SIAPA?
Pertamanya siapa yang akan menguruskannya? Adakah waris kita tahu menguruskannya? Adakah kita sebagai ibubapa kita tahu untuk menguruskannya? Untuk semak adakah kita tahu atau tidak mari kita lihat satu per satu proses yang akan dihadapi.
PROSES PENGRUSAN HARTA PUSAKA
1) Kumpul waris dan lantik pentadbir.
Ini adalah perlu, jangan sampai ada dua tiga yang akan memohon pada mahkamah tinggi/ pejabat pesaka kecil untuk memfail pemohonan. Memang sepakat amat perlu. Adakah keluarga kita semuanya sepakat?
2) Memohon Sijil Faraid
Pentadbir perlu memohon sijil faraid di Mahkamah Syariah, setelah mengenalpasti siapa waris.
Perlu agarv waris tidak kecoh/gaduh mengatakan mereka lebih berhak. Semuanya sudah ada dalam agama Islam cara pembahagian faraid, dapatkan sijil untuk semua berpuashati termasuk yang tidak ingin mengikut faraid.
3) Menilai harta simati
Menilai dan menyenaraikan adalah proses penting. Untuk mengetahui ke mana fail pemohonan pembahagian harta pusaka perlu difailkan.
a) harta tunai sahaja (tiada harta tidak boleh alih cth: rumah, tanah dll. )
Permohonan akan dibuat di Amanah Raya Berhad
b) Harta tunai , alih dan tidak alih yang jumlah keseluruhan kurang dari RM600 ribu.
Permohonan akan dibuat di Pejabat Pesaka Kecil.
c) Harta melebihi RM600 ribu.
Permohonan akan dibuat di mahkamah tinggi.
4) Permohonan Surat Kuasa di a,b atau c
Peguam akan failkan permohonan. boleh dibuat sendiri di Pejabat Pesaka Kecil tapi mengambil masa. Adakah tuan-tuan dan puan-puan untuk ada masa untuk naik turun tangga memenuhi aturan proses permohonan?
5) Bicara Kuasa
Mahkamah Tinggi : ambil masa 3,4 tahun (maklumlah disitu juga tempat kes dadah, rogol, perebutan kuasa menteri besar, kes anwar dan lain-lain.)
Pejabat Pesaka Kecil / ARB : lebih kurang 6 bulan (tidak boleh tangguh 3 kali, sekiranya tangguh 3 kali, kena failkan semula permohonan)
6) Surat Kuasa / Letter of Adminitration dikeluarkan
7) Arahan pembahagian dikeluarkan (mengikut fariad)
Adakah kita tahu membuat dan melaksanakan ini semua?
Wasiyyah Shoppe akan menolong membantu waris 2 sampai 7, Sekiranya anda adalah pelanggan In-Hilal atau Wasitah.
Adakah anda sudah berada pakej In -Hilal atau wasitah?
Wednesday, May 20, 2009
Friday, April 24, 2009
Program bersama Kementerian Sumber Manusia dan Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd
Anda sedang mencari kerja?
Program Usahawan Siswazah Mirath
Oleh Kementerian Sumber Manusia dan Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd
ELAUN BULANAN : RM500 + KOMISEN 15%
Syarat:
• Beragama Islam
• Berumur 23 – 30 tahun
• Memiliki Diploma / Ijazah
Hubungi sebelum 30 APRIL 2009 utk keterangan lanjut. 30 orang sahaja. SAMBILAN juga boleh memohon.

Tuesday, April 21, 2009
Azam saya untuk membantu menyelesaikan pengurusan harta pusaka waris yang baru kematian keluarga tercinta
Setelah arwah abah meninggal dunia pada september 2008 yang lalu, saya sebagai anak lelaki sulong kepada keluarga saya menguruskan penyelesaian harta pusaka abah. Memanglah harta abah tidak banyak. Tapi bila dicampur tanah, rumah, kereta, motorsikal, akaun bank, akaun KWSP, tabung haji, ASB dan insuran nyawa, ia mencecah 6 angka. Seorang pesara tentera seperti abah pun ada sebanyak itu.
Sejak itu, pengalaman saya berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan, pejabat pesaka kecil, bank, pejabat unit amanah dan bermacam lagi. Memang susah. Walaupun itu hak kita, tetapi kita berada dalam sistem di Malaysia yang melibatkan mahkamah sivil dan mahkamah syariah.
Banyak masa diambil juga wang ringgit untuk keringat, duit minyak dan pelbagai lagi.
Saya mula berfikir, bagaimanalah agaknya sekiranya arwah hanya meninggalkan isteri dan anak-anak yang masih kecil. Tahukah mereka nak pergi ke mana? Pejabat Pesaka kecil? Pejabat Tanah? Nak keluarkan duit dari bank arwah perlu Surat Kuasa? Apa itu surat kuasa? Sedih dibuatnya. Apa agaknya anak yang masih kecil itu nak makan sekiranya ibu tiada pendapatan lain selain simpanan suami. Masih tidak boleh keluarkan duit dari akaun simpanan sehingga mendapat kuasa kuasa.
Sejak itu, saya telah berazam, saya ingin membantu sesiapa sahaja yang baru kematian ahli keluarga untuk membuat proses penyelesaian pengurusan harta pusaka. Saya akan menerangkan secara sukarela dan percuma. Saya faham apa yang dirasa bila kematian ahli keluarga tercinta. Biar saya terangkan semua pilihan yang ada. Jangan terlalu ikutkan nasihat orang yang tidak pernah alami. Ada pelbagai pilihan, bukan Amanah Raya dan peguam sahaja jalan penyelesaian. Ada lagi cara yang jauh lebih murah.
Alhamdulillah , pada Ahad lalu, saya telah sanggup ke Johor Bahru berkongsi pendapat dan cara untuk penyelesaian masalah pengurusan harta pusaka. Bayangkanlah sekiranya melalui peguam atau syarikat amanah yang mengenakan cas sebanyak 2% (minimum) dari keseluruhan harta, keluarga ini terpaksa membayar hampir RM40 ribu untuk proses professional pengurusan. Harta pusaka keluarga ini tergolong dalam pusaka besar iaitu perlu diselesaikan di Mahkamah Tinggi. Alhamdulillah saya dapat memberi nasihat dan memberi jalan untuk pengurusan harta pusaka yang jauh lebih murah.
Niat saya untuk membantu keluarga yang tidak tahu cara atau proses pengurusan harta pusaka terlaksana. Saya pulang dari JB dalam keadaan lega dan bersyukur. Satu lagi ilmu dapat disampaikan.
Sekiranya, ada ahli keluarga atau sahabat handai yang baru kematian ahli kelaurga dan ingin mendengar penerangan cara pelbagai pilihan untuk menguruskan harta pusaka, boleh hubungi saya. Saya sanggup untuk berkongsi ilmu ini kerana saya faham, saya pernah berada disituasi itu.
Juga menjadi tanggungjawab kita untuk menyegerakan proses pembahagian harta pusaka mengikut syariat Islam.
-shuhairy-

Saturday, April 11, 2009
Menjawab soalan di Facebook
http://www.facebook.com/home.php?#/note.php?note_id=63705704540&ref=mf
Soalan:
Fauziah Ghazali at 2:24am April 11
Jawapan:
Shuhairy Norhisham at 5:31pm April 11
Soalan:
Fauziah Ghazali at 2:24am April 11
eh... macamana pulak kalau isteri yg byk cari harta? lau isteri mati, harta tu apa pulak statusnya. adakah pergi ke suami... minta jelas? tq
Jawapan:
Shuhairy Norhisham at 5:31pm April 11
hak suami (hukum faraid) pula sekiranya isteri meninggal dunia, adalah 1/2 sekiranya tiada pasangan tersebut tiada anak. Manakala 1/4 sekiranya ada anak.
suami juga berhak mendapat Harta Sepencarian dengan syarat disediakan dokumen semasa kedua-dua pasangan masih hidup. Sila rujuk NOTES saya diatas, untuk suami juga sama penyediaan dokumen ini. ... Read MoreIsteri boleh memberikan hartanya maksimun separuh sebelum dibahagikan mengikut faraid.
Persoalan di sini ialah, ramai yang salah faham tentang harta pusaka. Harta pusaka bermaksud apa-apa harta arwah yang ditinggalkan atas namanya. Contoh, rumah nama simati, kereta nama simati , akaun bank nama simati , unit amanah nama simati atau lain2. Perlu difahamkan disini, sekiranya suami atau isteri yang sama-sama membayar atau ada membelikan sesuatu (rumah,kereta dan dll) tidak dikira harta bersama. Melainkan ada dua nama.
Walaupun isiteri/suami mencari lebih banyak rezeki/harta, tetapi penentuan harta pusaka tetap atas penama harta tersebut.
Contoh:
Rumah dibeli dibayar sepenuhnya oleh isteri, tetapi nama rumah tersebut adalah nama suami.
... Read More
Rumah itu adalah harta pusaka suami sekiranya suami meninggal dunia. sekiranya pasangan itu ada anak, isteri hanya mendapat 1/8 dari rumah itu.
Akan hadapi masalah untuk menbahagikan, sekiranya tiada yang ingin beralah.
Sebab itulah penting untuk merancang pembahagian dan pengurusan harta pusaka sebelum kita meninggalkan dunia ini.

Wednesday, April 8, 2009
Hak isteri adalah 1/4 daripada harta suami mengikut hukum faraid
Tahukah anda, mengikut hukum faraid, isteri hanya berhak mendapat 1/4 daripada harta suami sekiranya suami meninggal dunia. Itu pun sekiranya pasangan tersebut tiada anak. Sekiranya pasangan tersebut ada anak, isteri hanya berhak mendapat 1/8 sahaja.
Hukum faraid mungkin ada rasionalnya, sekiranya isteri tadi setelah kematian suami apabila habis Iddah, boleh berkahwin. Apabila sudah menjadi isteri orang (suami baru), si isteri wajib mematuhi arahan suami baru tersebut. Sekiranya suami baru tidak membenarkan isteri melawat kubur arwah suami. Itu antara sebab, kurang bahagian isteri setelah kematian suami, takut-takut isteri tidak dapat membuat amal jariah setelah berkahwin lain.
Mungkin ada yang mengatakan isteri boleh mendapat hak mereka melalui pendapatan harta sepencarian. Memang benar, apa-apa harta yang dibeli setelah berkahwin boleh dianggap harta sepencarian. Tapi amat lemah untuk dibuktikan memang harta ini memang sama-sama dicari ketika masih hidup. Memang banyak kes yang tidak diterima sebagai harta sepencarian.
Melainkan, si suami semasa masih hidup ada membuat dokumen perjanjian/ pengesahan yang mengatakan sebahagian hartanya adalah usaha titik peluh bersama isterinya. Barulah ia diguna pakai untuk menuntut harta sepencarian di mahkamah dan bukti ini adalah kuat.
Jadi bagaimana mahu membuat dokumen Harta Sepencarian supaya para isteri dapat bahagian harta sepencarian (maksimum separuh harta suami) dalam masa yang sama boleh mendapat lagi harta dari pembahagian faraid.
Para isteri, mohonlah si suami membuat dokumen harta sepencarian agar nasib lebih terbela untuk meneruskan hidup.
Para suami, sekiranya berlaku apa-apa terhadap kita, tinggalkan isteri dalam kesenangan. Jangan mereka bersusah sampai meminta-minta. Biarkanlah mereka dapat hidup dengan senang.
Sudahkan anda menyediakan Dokumen Harta Sepencarian?
Shuhairy Norhisham
Perunding Pewarisan Harta

Labels:
Harta sepencarian
Wednesday, March 18, 2009
Sudahkah anda merancang pengurusan harta pusaka?
Wasiyyah Shoppe at TV1 BizMalaysia - Part 1
.
Wasiyyah Shoppe at TV1 BizMalaysia - Part 2
.
Wasiyyah Shoppe at TV1 BizMalaysia part 3
.
Perunding Pewarisan Harta
Shuhairy 017 221 6947
Labels:
Wasiyyah shoppe
Monday, March 16, 2009
Hibah - pemberian harta sebagai hadiah semasa hidup
Adakah kita menyayangi mereka sepenuh jiwa dan dan raga? Lindungi dan jamin hak mereka dengan menyediakan dokumen hibah anda.
DEFINISI HIBAH
Pemberian harta dari pemberi hibah kepada penerima hibah semasa hayatnya dengan tidak mendapat sebarang balasab serta dibuat di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan.
DALIL-DALIL BERKAITAN HIBAH
"Dia memberikan harta yang dikasihinya kepada keluarga yang terdekat, anak yatim, orang, orang miskin, orang musafir, orang berhajat dan hamba." (Surah Al-Baqarah : 177)
"Berikan hadiah / hibah, nescaya kamu dikasihi." Sabda Rasulluah SAW.
"Fuqaha' sepakat dengan pendapat menhharuskan hibah." Ijma' Ulamak.
SIAPAKAH YANG PERLU MEMBUAT HIBAH?
Ibubapa yang inginkan anak-anaknya mewarisi hartanya mengikut formula pembahagian yang mereka sendiri tentukan.
Ibubapa yang mempunyai anak istimewa dan inginkan supaya tersebut memperoleh bahagian harta yang lebih banyak sebagai jaminan masa depanya.
Sesiapa sahaja orang Islam yang berhajat agar hartanya diwarisi secara mutlak oleh sesiapa yang dikehendakinya.
JENIS HARTA YANG BOLEH DIHIBAH MELALUI HIBAH WASIYYAH SHOPPE
1) Hartanah (rumah, apartment, kondominium, tanah dan sebagainya)
2) Saham Amanah (Unit Trust)
3) Saham Syarikat
SUDAHKAH ANDA MENYEDIAKAN DOKUMEN HIBAH?
-shuhairy-
napangku@yahoo.com

Hibah
Subscribe to:
Posts (Atom)